Sunday, April 28, 2013

Puding Roti

kek

Bahan-bahannya:

  • 8 keping roti

  • 80 gm butter

  • 50 gm krimis / ceri

  • 100 gm buah coktail

  • 50 gm gula pasir

  • 3 biji telur

  • 100 ml krim putar

  • 750 ml susu segar


Cara Menyediakan:

  • 1-Potong roti kepada segitiga kecil.Kemudian susun roti dalam dulang pembakar pada bahagian bawah.

  • 2-Kemudian taburkan buah koktail,krimis dan separuh gula.

  • 3-selepas itu susun roti untuk lapisan kedua dan taburkan lebisan gula tadi.

  • 4-Sementara itu, pukul telur dan butter sehingga ianya kembang.Kemudian masukkan susu dan pukul lagi sehingga sebati.

  • 5-Bahan yang dipukul tadi kita tuangkan kedalam dulang tersebut.

  • 6-Lebihan ceri / krimis taburlah diatas..

  • 7-Bakar selama 35minit pada suhu 150'c..ikut avon masing2 la...

Donat Lembut

donat

Bahan-bahannya:

  • 5 cawan tepung gandum

  • 3 sudu besar marjerin

  • 6 sudu besar gula halus

  • 1 biji telur

  • 2 sudu susu pekat manis

  • 21/2 sudu kecil yis

  • Air suam secukupnya

  • Gula kastor-untuk digaulkan donat yg telah digoreng

  • Minyak secukupnya-untuk menggoreng


Cara Menyediakan:

  • 1-air suam dicampur dengan gula, susu dan yis. Didalam satu bekas .Biar sampai kembang.

  • 2-Kemudian Gaul tepung, marjerin dan telur. Masukkan bancuhan yis tadi, gaul hingga sebati.

  • 3-Tambahkan air suam sedikit-sedikit sambil diuli menjadi doh yang licin.Biarkan doh itu selama 20minit.

  • 4-Bahagikan adunan kepada beberapa bebola kecil mengikut saiz yang kita nak.Bentukkan bebola tersebut menjadi donat dengan menebuk lubang ditengah-tengah.

  • 5-Susun di dalam dulang yang ditabur dengan sedikit tepung, biarkan naik lebih kurang 20-25 minit lagi.

  • 6-Goreng hingga ianya masak, bila agak suam barulah gaulkan dengan gula kastor.

  • 7-Selamat mencuba..

Kek Cawan

cup cake

Bahan-bahannya:

  • 125 gm butter

  • 100 gm gula perang

  • 2 biji telur

  • 125 gm tepung gandum-diayak

  • 50 ml susu

  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat-diayak bersama tepung gandum

  • 1/2 sudu kecil baking powder-diayak bersama tepung gandum

  • 1 sudu kecil esen vanila

  • 1/2 sudu kecil madu


Cara Menyediakan:

  • 1-Putarkan butter dan gula sehingga kembang.

  • 2-Masukkan madu , esen vanila dan telur kedalam butter dan gula..putar lagi hingga kembang.

  • 3-Masukkan tepung bersama soda dan baking berselang seli dengan susu sehingga adunan menjadi sebati.

  • 4-Tuangkan diatas dulang yang disapu dengan sedikit butter..

  • 5-Bakar selama 30 minit dan suhu 160;c.

Kek Coklat

kek coklat

Bahan-bahannya:

  • 2 cawan tepung gandum-diayak

  • 2 cawan gula halus

  • 11/2 cawan marjerin

  • 3 biji telur

  • 11/2 sudu teh baking powder-diayak

  • 1 sudu kecil soda bikarbonat-diayak

  • 3/4 cawan serbuk koko

  • 1 cawan susu cair


Cara Menyediakan:

  • 1-putar marjerin dan gula hingga kembang.

  • 2-Kemudian masukkan telur..putar lagi bersama marjerin..

  • 3-Masukkan tepung,soda,baking dan serbuk koko..kacau hingga sebati

  • 4-Akhir sekali masukkansusu cair dan kacau lalu tuangkan adunan didalam dulang.

  • 5- bakar selama 40 minit dengan 170;c

Saturday, April 27, 2013

Gulai Tulang Rusuk

gulai tulang

Bahan-bahanya:

  • 1 Kg tulang rusuk bersama isinya

  • 300 gm serbuk kari daging

  • 3 sudu besar serbuk cili

  • 2 labu bawang besar-dikisar

  • 6 ulas bawang putih-dikisar

  • 2 inci halia-dikisar

  • 2 liter santan

  • Sedikit rembah 4 sekawan

  • 1 tangkal daun kari

  • 1 helai daun pandan

  • Garam dan gula secukup rasa

  • Minyak untuk menumis

  • 1 batang carot / ubi kentang

  • Sedikit air


Cara Menyediakan:

  • 1-Rebuskan tulang dan daging hingga masak

  • 2-Panaskan minyak, dan masukkan rempah 4 sekawan dan bahan yang telah dikisar bersama daun kari dan daun pandan kacau.

  • 3-Masukkan rempah kari dan serbuk cili.kacau dan masukkan sedikit air..masak rempah hingga pecah minyak.

  • 4-Masukkan tulang dan daging ..dan juga masukkan air rebusan tulang tadi bersama santan.

  • 5-Masukkan garam dan gula dan carot.Renehkan sehingga tulang empuk dan kuah agak pekat.

  • 6-Setelah masak angkat dan hidangkan.

Karipap Pusing

Karipap Pusing

Bahan Untuk Doh Minyak:

  • 150 gm marjerin campur dengan shortening

  • 300 gm tepung gandum-diayak

  • 2 sudu besar minyak masak


Bahan Doh Biasa:

  • 700 gm tepung gandum-diayak

  • 1 sudu kecil garam

  • 2 cawan air sejuk, masukkan separuh dahulu sukatan air dah tambah sikit-sikit ikut keperluan.jikalau tuang kesemua, doh akan menjadi agak lembik


Cara Menyediakan:

  • 1-Masukkan  minyak masak yang telah dipanas,Marjerin dan shortening  ,lalu di uli dengan 300 gm tepung gandum. uli hingga menjadi doh licin dan tidak melekat.Uli doh sampai ianya menjadi doh berminyak.

  • 2-Kemudian masukkan  700 gm tepung gandum dengan air ais dan air garam. Uli hingga licin  dan bahagikan kepada 8 ketulan.

  • 3- Ambil doh biasa canaikan sedikit, jangan besar sangat dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.

  • 4- Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap ,kemudian canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai. Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian gulung seperti menggulung tikar.

  • 5- Setelah itu, kita akan dapat 2 doh gulungan tikar. Ambil satu doh gulung tikar dan canai ,kemudian terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa canai.Biarkan bentuk lonjong ,kemudian gulung semula seperti gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . Proses menggulung sebanyak 2 kali .

  • 6- Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kepada 3 bahagian. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kepada saiz doh yg telah di gulung.

  • Setelah doh di potong, canaikan semula, seperti cara membuat karipap biasa, dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.


Note: Karipap ini memang rumit sedikit membuatnya..tapi sedap dimakan..Selamat Mencuba..

Kurma Daging Sedap

kurma daging

Bahan-bahannya:

  • 1 kg daging batang pinang-dihiris tebal.cuci dan toskan

  • 5 sudu besar serbuk kurma

  • 1 helai daun pandan

  • 2 biji kentang- dibelah 4

  • 1 batang lobak merah-dipotong 6

  • 2 tangkal cili padi

  • 1 tangkal cili merah-dihiris bunga

  • 500 liter santan

  • Sedikit air

  • Sedikit minyak untuk menumis


Bahan kisar:

  • 1 inci halia

  • 1 labu bawang besar

  • 3 ulas bawang putih


Bahan Menumis:

  • 1 batang kulit kayu manis

  • 1 kuntum bunga lawang

  • 2 kuntum bunga cengkeh

  • 2 biji buah pelaga


Cara Menyediakan:

  • 1-Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar ,daun pandan dan bahan tumis..kacau hingga keperangan.

  • 2-Masukkan rempah kurma dan sedikit air..kacau dan biarkan hingga pecah minyak.

  • 3-Kemudian masukan daging, kacau sebati..jikalau terlalu kering..masukkan air sedikit..

  • 4-Masukkan santan, kentang ,lobak merah, garam dan cili padi..kacau rata..dan biarkan ianya mendidih..

  • 5-Masak sehingga dagingnya empuk dan kuahnya tak terlalu pekat..

Nasi Tomato

nasi tomato

Bahan-bahanya:

  • 500g beras-dicuci dan toskan

  • 5 sudu besar tomato puri

  • Sedikit garam

  • Minyak sapi untuk menumis

  • 1 cawan susu cair

  • Air ikut sukatan beras.agak2 la


Bahan Menumis:

  • 4 cm kulit kayu manis

  • 1 biji buah pelaga

  • 1 biji bunga lawang

  • 4 biji bunga cengkeh

  • 1 labu bawang besar-dikisar

  • 1 inci halia-dikisar

  • 1 helai daun pandan


Cara menyediakan:

  • 1-Panaskan minyak.masukkan bahan tumis dan kacau hingga naik bau

  • 2-Masukkan tomato puri , susu dan garam..kacau lagi..

  • 3-Akhir sekali masukkan beras kacau hingga rata..dan masukkan air.kacau seketika

  • 4-Masak nasi macam biasa..selepas nasi kering..taburkan kacang ke.krismis ke..tutup tudung periuk semula dan apabila masak hidangkan...

Mini Burger

mini burger

Bahan Membuat Doh:

  • 3 cawan tepung gandum-diayak

  • 11/2 sudu kecil yis - Mauripan

  • 2-3 sudu besar gula pasir

  • 1 sudu besar susu pekat

  • 1 sudu besar butter

  • Sedikit garam

  • Sedikit air


Cara Menyediakan:

  • 1-Masukkan gula , yis dan sedikit air dan kacau sebati.biar seketika

  • 2-Masukkan tepung, butter dan susu pekat.Gaulkan hingga rata.

  • 3-Masukkan garam dan air..

  • 4-Uli adunan tepung itu sehingga tepung tak melekat dekat tapak tangan kita..

  • 5-Biarkan selama 1 jam..tutup dengan air lembab..

  • 6- Setelah 1 jam..bolehlah kita ketul ikut citarasa kita..


Bahan Hiasan:

  • Timun dihiris nipis

  • Tomato dihiris nipis

  • Sambal Ikan bilis


Note:Bahan hiasan ikutlah citarasa kita..tak nak letak timun pun tak apa..letakkan sambal sahaja pun x apa..

Sotong Goreng Kunyit

sotong kunyit 500

Bahan-bahannya:

  • 300gm Sotong -dipotong bulat

  • garam secukup rasa

  • sedikit perasa/gula

  • Sedikit kunyit

  • Sedikit minyak untuk menumis

  • 1 batang carot


Bahan Untuk Menumis:

  • 2 ulas bawang putih-dihiris halus

  • 2 ulas bawang merah-dihiris halus

  • 1 inci halia-dihiris halus


Cara Membuatnya:

  • 1-Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis kedalam kuali.

  • 2-Biarkan hingga bertukar menjadi warna keperangan. Kemudian masukan sotong,garam dan kunyit.

  • 3-Kacau seketika sehingga sotong masak.Selepas itu masukkan carot garam dan perasa .

  • 4-Kacau lagi sehingga semuanya masak dengan baik.

  • 5-Sendukkan masakkan kedalam mangkuk.dan hiaslah dengan cili merah dan bawang. Selamat mencuba...