Tuesday, June 25, 2013

Sotong Goreng Kulit Popia

Sotong Goreng Rangup

Bahan-bahannya:

  • 1 bungkus kulit popia-digunting panjang

  • 1/2 kilo sotong -dipotong bulat

  • 1 biji telur

  • 1 mangkuk kecil tepung goreng ayam rangup

  • Sedikit garam dan perasa


Cara Menyediaannya:

  • 1-Pecahkan telur kedalam mangkuk dan pukul seketika.

  • 2-Kemudian masukkan sotong yang telah di cuci bersih dan dipotong bulat kedalam telur yang dipukul tadi.

  • 3-Keluar sotong dan masukkan pula kedalam tepung goreng ayam bersama garam dan perasa.

  • 4-Gaul hingga keseluruhan sotong disalut dengan tepung.

  • 5-Kemudian celup sekali lagi sotong kedalam telur..ulang sampai habis..

  • 6-Akhir sekali gulungkan sotong yang bersalut tepung dan telur ,dengan kulit popia.ketepikan seketika.

  • 7-Panaskan minyak lalu menggorengkannya.

  • 8-Pastikan minyak tidak terlalu panas.Biarkan minyak sederhana panas saja, supaya sotong didalam tadi masak dengan baiknya.


*Udang lagi senang untuk gulung bersama kulit popia

Ikan Bunga Raya Goreng Tepung

cats

Bahan-bahannya:

  • 10 ekor ikan bunga raya segar-dicuci dan dibuang tulangnya

  • 5-6 sudu besar tepung gandum

  • 2 sudu besar tepung beras

  • Sedikit serbuk kunyit dan garam

  • Air secukupnya untuk membancuh tepung


Cara Menyediakannya:

  • 1-Buang isi perut ikan dan tulangnya sekali,kemudian bersih ikan serta toskannya. ketepikan.

  • 2-Kemudian masukkan tepung serta serbuk kunyit dan garam ke dalam mangkuk yang sesuai .

  • 3-Tuang air sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk yang berisi tepung dan bancuhkan ianya seperti bancuhan tepung mengoreng pisang .

  • 4-Panaskan minyak secukupnya ,kemudian masukkan ikan ke dalam bancuhan tepung ini dan gaul rata .

  • 5-Masukkan ikan ini seekor demi seekor ke dalam minyak panas dan goreng ikan sampai masak dan garing .

  • 6-Angkat ikan dan tos dahulu, kemudian boleh la dihidang dengan sos cili dan sedap dimakan semasa masih panas.

Apam Tepung Beras

apam tepung beras

Bahan-bahannya:

  • 2 cawan tepung beras

  • 1 cawan gula

  • 1 cawan nasi

  • 11/2 cawan air

  • 1 paket kecil Eno

  • 1 sudu kecil yis


Cara membuatnya:

  • 1-Blend nasi dengan air hingga halus

  • 2-Kemudian masukkan gula,tepung dan yis,blend hingga sebati.

  • 3-Tuangkan adunan tepung kedalam bekas,dan tutupkannya.

  • 4-Biarkan selama 4 jam..

  • 5-Selepas diperap , masukkan eno kacau sebati..biar seketika..

  • 6-Panaskan acuan selama 10 minit dan tuangkan adunan tepung kedalam acuan tersebut,kukus dengan api yang kuat..

  • 7-Kukus hingga masak dan menjadi merekah..

  • 8-Apam ini bolehlah dimakan dengan kelapa parut..

Macaroni Tomyam

macaroni tomyam

Bahan-bahannya:

  • 3/4 cawan macaroni-direbus kemudian toskan

  • 1 biji telur

  • 1 kiub tomyam

  • 2 ulas bawang putih-diketuk

  • 1 inci halia muda-diketuk

  • 2 helai daun limau purut

  • Sedikit garam

  • Sedikit minyak untuk menumis

  • Air secukupnya


Cara Menyediakannya:

  • 1-Panaskan minyak,tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau..

  • 2-Kemudian masukkan air sebanyak yang diingini untuk kuah tomyam.

  • 3-Terus masak hingga kuah menggelegak baru dimasukkan kiub tomyam bersama daun limau purut.

  • 4-Masukkan garam diikuti dengan macaroni yang dah siap direbus.

  • 5-Akhir sekali pecahkan telur dan perlahankan api..biarkan seketika .hingga telur masak .

  • 6-Kacau sedikit dan tutup api..

Tuesday, June 18, 2013

Ayam Masak Kicap

kicap ayam

Bahan-bahannya:

  • 5 ketul ayam - di goreng dan toskan

  • 1 labu bawang besar - dihiris bulat

  • 3 tangkal cili padi di belah 2

  • Sedikit halia - dihiris halus

  • 2 ulas bawang putih- dihiris halus

  • 2 ulas bawang merah - dihiris halus

  • 2 camca kicap pekat

  • 2 camca kicap cair

  • 1 camca sos tiram

  • 2 camca besar serbuk cili

  • Sedikit garam, sedikit gula dan sedikit air asam jawa.

  • Sedikit minyak untuk menumis.


Cara Menyediakannya:

  • 1-Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih,bawang merah dan halia hingga wangi.

  • 2-Kemudian masukkan serbuk cili, garam,gula,kicap,sos tiram dan air asam jawa. Biarkan seketika.

  • 3-Masukkan ayam kedalam kuali bersama cili padi dibelah 2 ,bawang besar bersama sos yang telah sediakan.kacau dan biarkan masak.

  • 4-Boleh tuangkan masakkan kedalam mangkuk.


Selamat mencuba.

Gulai Telur

gulai teloq

Bahan-bahannya:

  • 4 biji telur-direbus dan dibuang kulitnya

  • 2 ulas bawang merah-dihiris

  • 2 ulas bawang putih-dihiris

  • 1 inci halia -di hiris

  • 3 sudu besar serbuk kari-bancuh dengan air

  • 1/2 cawan santan pekat

  • 1 biji cili merah

  • 2 biji kentang-dibelah 4

  • 1 keping asam gelugur

  • 1 tangkal daun kari

  • Air secukupnya

  • 1 batang kulit kayu manis

  • 2 kuntum bunga lawang

  • 2 kuntum bunga cengkeh

  • 1 biji buah pelaga

  • Garam secukupnya


Cara Menyediakannya:

  • 1-Tumis bahan yang dihiris bersama daun kari dan diikuti dengan 4 sekawan..tumis hingga wangi.

  • 2-Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dicampur dengan air, asam gelugur, air dan santan.

  • 3-Bila kuah mula mendidih kacau selalu supaya santan tidak berketul-ketul.

  • 4-Masukkan telur kedalam kuah yang mendidih tadi.kacau seketika..

  • 5-Masukkan garam,cili merah dan kentang..kacau dan biar seketika sehingga kentang lembut.

  • 6-Apabila kentang sudah lembut,kacau dan bolehlah tutup api..

Gulai Ayam Drumet

gulai ayam

Bahan-bahannya:

  • 6 ketul drumet ayam-Potong kepak ayam bahagian pangkalnya.cuci dan toskan

  • 2 tangkal daun kari

  • 2 ulas bawang merah-dihiris

  • 2 ulas bawang putih-dihiris

  • 1 inci halia-dihiris

  • 1 biji cili merah-dibelah 2

  • 2 biji cili padi

  • Sedikit halba dan biji sawi

  • 4 sudu besar rempah kari daging

  • 1 sudu besar serbuk cili

  • Sedikit garam dan gula

  • Sedikit air asam jawa

  • Minyak untuk menumis

  • Air secukupnya

  • 2 biji ubi kentang-dipotong 4

  • 1 batang kulit kayu manis

  • 2 biji buah pelaga

  • 2 kuntum bunga cengkih

  • 1 kuntum bunga lawang


Cara Menyediakannya:

  • 1-Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan yang dihiris bersama biji sawi,halba,daun kari dan diikuti dengan 4 sekawan,Tumis sehingga wangi bau bawang.

  • 2-Bancuhkan rempah kari dan serbuk cili bersama air asam jawa.

  • 3-Masukkan ke dalam tumisan tadi. Tumis sehingga rempah agak kering dan pecah minyak.

  • 4-Masukkan ayam. kacau hingga rata dan biarkan seketika sehingga air ayam keluar.

  • 5-Masukkan air dan kentang kacau lagi.Kemudian masukkan garam dan gula secukupnya.

  • 6-Biarkan sehingga ayam dan kentang masak sepenuhnya. Jangan lupa kacau sekali sekala.

  • 7-Apabila ayam sudah masak, masukkan cili merah dan cili padi, kacau sekali lagi dan tutup api.

Sup Labu Air

labu

Bahan-bahannya:

  • 1 biji labu air-dibuang kulit dan dihiris nipis.

  • 1/2 kiub ayam

  • 1 biji telur

  • 3 ulas bawang merah-dihiris

  • 1/2 sudu teh serbuk lada putih

  • 1 tangkal cili kering-dicuci dan potong kecil

  • 2 cawan air

  • Sedikit garam


Cara Menyediakannya:

  • 1-Masukkan air kedalam periuk bersama labu air,bawang merah dan cili kering.biarkan mendidih seketika ,hingga labu air sedikit lembut.

  • 2-Apabila sudah lembut,masukkan kiub ayam,garam dan serbuk lada putih..kacau rata..

  • 3-Akhir sekali pecah telur kedalam sayur labu tadi..biar selama 3 minit..sehingga telur masak sedikit.

  • 4-Kacau lagi..dan bolehlah tutup api.

Bayam Goreng

bayam

Bahan-bahannya:

  • 1 ikat bayam-dipotong -cuci dan toskan

  • 3 cili padi -di tumbuk

  • 2 ulas Bawang merah-ditumbuk

  • 2 ulas bawang putih-ditumbuk

  • Sedikit udang kering-ditumbuk

  • 1/2 labu bawang besar-dihiris nipis

  • Sedikit garam dan serbuk perasa

  • Sedikit minyak untuk menumis.


Cara Menyedikannya:

  • 1-Panaskan minyak...tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau.

  • 2-Kemudian masukkan Bayam.kacau rata dan sebati

  • 3-Masukkan bawang besar ,garam dan serbuk perasa secukupnya.

  • 4-Kacau sebentar.dan bolehlah tutup api..sedia untuk dihidangkan..

Acar Timun

acar timun

Bahan-bahannya:

  • 1 biji timun-dihiris bulat dan nipis

  • 2 cili padi-dihiris kecil

  • 1 sudu kecil cuka

  • 3 sudu besar gula

  • 1 labu bawang besar-dihiris nipis

  • Sedikit garam


Cara Menyediakannya:

  • 1-Sediakan 1 mangkuk,masukkan kesemua bahan kedalamnya..

  • 2-Gaul hingga rata dan  sebati..

  • 3-Sudah siap..bolehlah dihidangkan..simple saja resepi ni..


Selamat Mencuba

Sambal Sardin

sambal ikan sardin

Bahan-bahannya:

  • 1 tin besar sardin- ayam brand-digoreng terlebih dahulu

  • 3 ulas bawang merah-dihiris

  • 2 ulas bawang putih -dihiris

  • 5 sudu besar cili kisar

  • 1 labu bawang besar- dihiris butang

  • 3 biji cili padi- diketuk

  • Sedikit air asam jawa

  • Sedikit garam dan gula

  • Sedikit minyak


Cara Menyediakannya:

  • 1-Panaskan minyak di dalam kuali. tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.

  • 2-Masukkan cili kisar dan cili padi. tumis hingga pecah minyak.

  • 3-Masukkan air asam jawa bersama kuah sardin dan kacau.Biarkan sedikit pekat.

  • 4-Tambahkan sedikit air ,garam dan gula..kacau dan perlahankan api.

  • 5-Masukkan bawang besar,ikan sardin. masak hingga sambal pekat. kacau rata.

  • 6-Tutup api dan sedia dihidang.

Sambal Ikan Kembung

sambal ikan kembung

Bahan-bahannya:

  • Minyak untuk menumis

  • 4 ekor ikan kembung

  • 5 ulas bawang merah- dihiris

  • 3 ulas bawang putih -dihiris

  • 4 cm belacan

  • Sedikit halia-dikisar

  • Sedikit lengkuas-dikisar

  • 4 camca besar tomato puri

  • 4 camca besar cili kering - dikisar

  • 1 labu bawang besar-dikisar

  • 2 ulas bawang putih-dikisar

  • 4 biji buah keras- dikisar

  • 2 camca besar air asam jawa

  • Sedikit kunyit

  • Sedikit garam dan Sedikit gula.


Cara Menyediakannya:

  • 1-Panaskan minyak dan goreng ikan kembong sehingga keemasan.

  • 2-Angkat toskan dan ketepikan. Baki minyak menggoreng ikan tadi, tumiskan bawang merah bersama bawang putih.

  • 3-Tumis sehingga kekuningan. Masukkan bahan kisar dan belacan. Kacau lagi.

  • 4-Kemudian masukkan tomato puri , cili kering. Kacau dan biarkan sedikit kering.

  • 5-Masukkan air asam jawa dan sedikit air..

  • 6-Kemudian masukkan ikan kembong yang digoreng tadi. bersama garam dan gula. Biarkan mendidih seketika sehingga kuah sedikit pekat..

  • 7-Angkat dan boleh dihidang dengan nasi panas.

Wednesday, June 12, 2013

Sambal Ikan Tongkol

sambal ikan kayu

Bahan-bahannya:

  • 4 ketul ikan tongkol-dicuci dan digoreng

  • 6 sudu besar cili kisar

  • 1 labu bawang besar-dikisar

  • 2 ulas bawang putih-dikisar

  • 3 ulas bawang merah-dikisar

  • 1/2 inci halia -dikisar

  • 1 sudu besar kicap manis

  • Sedikit air asam jawa

  • 1 cawan air

  • Sedikit garam dan gula

  • Minyak untuk menumis..


Cara Menyediakannya:

  • 1-Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang telah dikisar ,kecuali cili.tumis hingga naik bau.

  • 2-Masukkan cili kisar,dan goreng hingga cili garing ..

  • 3-Goreng lagi hingga kering sedikit ,dan masukkan kicap dan 1 cawan air.Masak lagi hingga pecah minyak.

  • 4-Masukkan air asam jawa dan kacau seketika..

  • 5-Biarkan mendidih seketika dan masak hingga sedikit pekat dan masukkan ikan tongkol.

  • 6-Masukkan gula dan garam .Masaklah hingga kepekatan yg di anda suka.

  • 7-Apabila masak..bolehlah dihidangkan.

Roti Jala

roti jala

Bahan-bahannya:

  • 3 cawan tepung gandum-diayak

  • 1 biji telur

  • 1 cawan santan / susu

  • Sedikit garam

  • 2 1/2 cawan air


Cara Menyediakannya:

  • 1-Masukkan kesemua bahan didalam mesin pengisar.

  • 2-Kisar sehingga ianya sebati dan tidak berketul-ketul.

  • 3-Tuangkan bahan itu kedalam mangkuk. Kacaukan ia.

  • 4-Jikalau adunan terlalu pekat boleh ditambah santan atau air.

  • 5-Panaskan kuali nipis dan jalakan tepung tadi dengan acuan roti jala.Roti jala sesuai dimakan dengan kari ayam .

Nugget Ayam Masak Kuning

nurget msk cili padi

Bahan-bahannya:

  • 10 ketul nugget ayam-di goreng dan toskan

  • 1 batang serai-diketuk

  • 1 labu bawang besar-dikisar

  • 3 biji cili merah-cili besar,dikisar

  • 4 biji cili padi-dikisar

  • 2 ulas bawang putih-dikisar

  • 1/2 cawan santan pekat

  • Sedikit air

  • Sedikit garam dan perasa

  • Sedikit kunyit

  • 2 helai daun limau purut-dicarik2

  • Sedikit minyak untuk menumis


Cara Menyediakannya:

  • 1-Panaskan minyak..dan tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.

  • 2-Kemudian kacau bahan tumis,dan masukkan serai,kunyit dan sedikit air..kacau lagi..

  • 3-Masukkan santan,daun limau purut,garam dan perasa..kacau dan biar mendidih seketika..

  • 4-Akhir sekali , masukkan nugget dan masak hingga kuahnya kering sedikit dan pecah minyak..lepas tu bolehlah tutup api..Selamat Mencuba

Monday, June 10, 2013

Nasi Beriani Ayam

nasi berani ayam dramit

Bahan-bahannya:

  • 300 gm beras-dibersih dan ditoskan

  • Air ikut sukatan beras

  • 2 batang kulit kayu manis

  • 2 helai daun pandan-disimpul

  • 2 biji buah pelaga

  • 2 kuntum bunga cengkih

  • 2 kuntum bunga lawang

  • 8 ketul paha ayam

  • 2 biji bawang besar-dikisar

  • 4 ulas bawang putih -dikisar

  • 2 inci halia -dikisar

  • 3 camca besar rempah beriani

  • 2 camca besar serbuk kurma

  • 2 cawan susu cair

  • Sedikit garam

  • minyak @ marjerin untuk menumis


Cara Menyediakannya:

  • 1-Masukkan beras didalam periuk nasi..

  • 2-Panaskan minyak tumiskan bahan kisar bersama kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih,bunga lawang hingga naik bau wangi.

  • 3-Masukkan serbuk beriani dan serbuk kurma dan sedikit air..kacau lagi.biarkan mendidih..

  • 4-Masukkan paha ayam dan garam.kacau sekali lagi..dan tuangkan kedalam periuk nasi .

  • 5-Tuangkan susu cair,daun pandan.dan sukat sukatan air macam masak nasi biasa..lebihkan sedikit sahaja air..

  • 6-Jangan lupa kacau sekali sekala..sehingga nasi dan ayam masak..

Ayam Masak Merah

msk merah ayam

Bahan-bahannya:

  • 8 ketul ayam-dibersihkan dan letak kunyit dan garam lalu digoreng

  • Sedikit daun bawang-untuk hiasan

  • 1 labu bawang besar-dihiris butang

  • Sedikit minyak masak

  • 1/2 cawan santan pekat

  • Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa


Bahan untuk dikisar:

  • 10 tangkai cili kering

  • 5 tangkai cili merah

  • 2 cm halia

  • 2 ulas bawang putih

  • 1 labu bawang besar

  • 2 batang serai

  • 2 biji tomato


Cara Menyediakannya:

  • 1-Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.

  • 2-Setelah itu masukkan ayam, santan, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.

  • 3-Gaulkan hingga sebati dan taburkan bawang besar..gaul lagi hingga rata.

  • 4-Apabila telah kering dan pecah minyak bolehlah ditutup api..

  • 5-Taburlah daun bawang keatas ayam masak merah...

Macaroni Bakar

macaroni bakar

Bahan-bahannya:

  • 300 gm makaroni

  • 1 labu bawang besar-dicincang

  • 3 ulas bawang putih-dicincang

  • 1 botol sos

  • 1 cawan susu full cream

  • 200 gm daging cincang

  • 2 biji telur

  • 2 sudu besar butter

  • Garam secukup rasa

  • Keju cheddar dan monzarella


Cara Menyediakannya:

  • 1-Rebuskan makaroni sehingga lembut, kemudian ditos dan ketepikan sekejap.

  • 2-Panaskan minyak dan butter kemudian tumiskan bawang putih serta bawang merah hingga bau wangi .

  • 3-Masukkan daging cincang dan kacau sehingga daging masak.

  • 4-Kemudian masukkan sos dan kacau sampai semua bahan menjadi sekata.

  • 5-Masukkan macaroni dan gaul dengan kuah sos . Masukkan telur,susu dan kacau dengan cepat supaya telur cepat sebati

  • 6-Masukkan 1/2 keju cheddar dan kacau bagi mesra . Jika kurang masin baru la ditambah garam.

  • 7-Tuang semua bahan tadi ke dalam mangkuk yang sesuai .

  • 8-Taburkan keju diatas macaroni dan bakar dalam oven dengan suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.

Kurma Telur

kurma telur 1

Bahan-bahannya:

  • 4 biji telur ayam-direbus dan dikupas kulitnya

  • 1 cawan santan pekat

  • 3 biji kentang -dibelah empat

  • 4 biji cili padi

  • Sedikit carot-dipotong 4

  • 1 labu bawang besar-dibelah empat

  • Sedikit air

  • Garam,gula,serbuk perasa


Bahan untuk menumis:

  • 1 biji bawang besar-dihiris

  • 2 ulas bawang putih-dihiris

  • 1 inci halia-dihiris

  • 2 biji buah pelaga

  • 1 inci kulit kayu manis

  • 2 kuntum bunga lawang

  • 2 kuntum bunga cengkih

  • 3 tangkai daun kari


Bahan kisar:

  • 5 sudu besar rempah kurma

  • 1 labu bawang besar

  • 1 inci halia

  • 2 ulas bawang putih

  • 1 biji bawang besar


Cara Menyediakannya:

  • 1-Masukan minyak didalam periuk,dan minyak mulai panas masukkan bahan menumis.Masak sehingga keluarkan bau harum dan bawang mulai tukar kuning keemasan.

  • 2-Selepas itu masukkan bahan kisar dan kacau. Tutup masakan dengan tudung periuk dan masak sehingga pecah minyak.

  • 3-Kemudian masukkan telur rebus dan kacau. gaul rata dengan rempah diikuti dengan santan pekat. Sekiranya kuah agak pekat, dan ingin kuah yang lebih, bolehlah tambah air.

  • 4-Perasakan dengan garam, gula, dan serbuk perasa

  • 5-Seterusnya masukkan ubi kentang dan carot. Masak sehingga empuk

  • 6-Setelah masak, rasa kemasinan dan tambah garam jika perlu. Akhir sekali masukkan potongan bawang besar, dan cili hijau. Kacau rata dan masak seketika lebih kurang 5 minit.

  • 7-Tutup api dan tutup masakan dengan tudung periuk.

Sayur Kubis Telur Hancur

kubis goreng

Bahan-bahannya:

  • 6 kopak daun kubis besar-dihiris kecil

  • 1 biji telur

  • 1 biji lada merah besar-dihiris nipis

  • 2 biji cili padi-diketuk

  • 2 ulas bawang putih-diketuk

  • 1/2 labu bawang besar-dihiris nipis

  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

  • Sedikit garam


Cara Menyediakannya:

  • 1-Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.

  • 2-Pecahkan telur dan kacaukan supaya menjadi hancur.

  • 3-Masukkan kubis,lada merah dan cili padi.masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.

  • 4-Goreng kubis sehingga menjadi sebati dan kubis layu sedikit tetapi masih rangup.

  • 5-Bolehlah di angkat dan dihidangkan.

Karipap Ubi Kentang

karipap biasa

Bahan Untuk Doh:

  • 400 gram tepung gandum

  • 1/2 cawan minyak

  • 2 sudu besar marjerin

  • 1/2 cawan air sejuk

  • Sedikit garam

  • 1 sudu besar shortening


Cara Menyediakan Doh:

  • 1-Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, panaskan minyak,shortening dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.

  • 2-Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah hingga tak melekat dekat tapak tangan.

  • 3-Setelah menjadi doh,pemukaan doh pun agak licin,bungkus doh didalam plastik..biar selama 15minit didalam peti sejuk

  • 4-Setelah 15minit keluar doh dlm peti sejuk ..kemudian barulah dicanaikan doh itu..


Bahan Inti:

  • 500 gm ubi kentang

  • 200 gm daging cincang

  • 2 labu bawang besar -dihiris dadu

  • 1 paket kecil rempah kari daging

  • 4 ulas bawang putih-dihiris

  • 2 tangkal daun kari

  • Garam dan gula secukup rasa

  • Sedikit air


Cara Menyediakannya:

  • 1-Panaskan minyak,tumiskan bawang putih,hingga naik bau bersama daun kari.

  • 2-Masukkan bawang besar yang dipotong dadu.masukan rempah kari daging, isi daging cincang dan kacau.

  • 3-Biarkan seketika, hingga pecah minyak.masukan sedikit air,dan masukkan  ubi kentang yang di potong dadu.semua  bahan perasa garam dan gula.kacau sekali sekala..

  • 4-Biarkan sampai ubi empok.selepas itu bolehlah tutup api dan biarkan sejuk..

  • 5-Barulah diisi didalam doh tadi..

Gulai Kepala Ikan Tongkol

kari ikan tongkol

Bahan-bahannya:

  • 1 biji kepala ikan Tongkol-dibelah 2

  • 1 1/2 bungkus serbuk kari ikan Faiza

  • 2 labu bawang besar -dikisar

  • 2 ulas bawang putih -dikisar

  • 200ml pati santan

  • 10 batang bendi

  • 2 biji tomato -dipotong 4

  • air asam jawa secukupnya

  • sedikit garam

  • sedikit gula

  • sedikit minyak masak -untuk menumis

  • Sedikit air


Bahan Menumis:

  • 2 Tangkal daun kari

  • 2 ulas bawang merah

  • 2 ulas bawang putih


Cara Menyediakannya:

  • 1-Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih & daun kari. Biar naik bau dan kekuningan.

  • 2-Masukkan serbuk kari, bersama bahan kisar.dengan api tidak terlalu besar dan masukkan sedikit air.

  • 3-Biarkan rempah pecah minyak.

  • 4-Kemudian masukkan santan dan air asam jawa.kacau.

  • 5-Akhir sekali masukkan kepala ikan tenggiri,bendi dan tomato..

  • 6-Masukkan garam dan perasa.biarkan bendi lembut seketika..

  • 7-Masak hingga kuah pecah minyak sedikit..

Ikan Talang Masak Asam

ikan talang msk asam

Bahan-bahannya:

  • Isi ikan talang-dihiris dadu

  • 3 tangkai cili kering-dihiris

  • 1 labu bawang besar-dihiris bulat

  • Sedikit air asam jawa

  • Sedikit gula ..


Cara Menyediakannya:

  • 1-Gorengkan isi ikan yang dipotong dadu.

  • 2-Masukkan bawang besar yg dihiris bulat.

  • 3-Masukkan cili kering yg dihiris.

  • 4-Masukkan air asam dan gula.kacau dan tutup api..

Ikan Kembung Belah Belakang

ikan kembung belah belakang

bahan-bahannya:

  • 5 ekor ikan kembong-dibelah belakang

  • 10 tangkal cili kering-dikisar

  • 4 ulas bawang putih-dikisar

  • 4 ulas bawang merah-dikisar

  • Sedikit balacan-dikisar

  • Sedikit garam dan gula

  • Sedikit air asam jawa


Cara Menyediakannya:

  • 1-Panaskan kuali dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau

  • 2-Kemudian masukkan air asam jawa,garam dan gula.Masakkan hingga kering.

  • 3-Kemudian masukan bahan cili tadi yg telah kering kedalam ikan.

  • 4-Masukkan kedalam oven dan bakar selama 25minit dengan suhu 180'c

Sunday, June 9, 2013

Hati Lembu Goreng Rempah

hati lembu

Bahan-bahannya:

  • 300 gm hati lembu-dihiris nipis

  • 3 ulas bawang kecil-dihiris

  • 2 ulas bawang putih-dihiris

  • 1 inci halia-dihiris

  • 3 sudu besar cili kisar

  • 3 biji cili padi-diketuk

  • 1 sudu besar kicap manis

  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar

  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis

  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih

  • 3 helai daun limau purut

  • Sedikit garam dan gula

  • Sedikit minyak masak


Cara Menyediakannya:

  • 1-Gaul hati lembu dengan serbuk kunyit bersama garam dan digoreng sehingga agak masak. Ketepikan.

  • 2-Tumis bawang merah,bawang putih dan halia sehingga naik bau.

  • 3-Masukkan cili kisar, ketumbar ,jintan manis ,jintan putih , daun limau purut.

  • 4-Gaul sehingga agak garing sedikit..

  • 5-Masukkan kicap manis dan rasa terlebih dahulu.

  • 6-Masukkan hati lembu yang telah digoreng tadi dan gaul rata.

  • 7-Sudah siap..

Gulai Sotong

gulai sotong

Bahan-bahannya:

  • 6 ekor sotong sederhana besar

  • 1 ulas bawang merah -dihiris

  • 1 ulas bawang putih -dihiris

  • 1 labu bawang besar -dihiris bulat

  • 1 inci halia-dihiris

  • 1 tangkai daun kari

  • 4 sudu besar serbuk kari

  • Sedikit air asam jawa

  • Sedikit garam dan gula

  • 1 batang kulit kayu manis

  • 1 kuntum bunga lawang

  • 2 biji bunga cengkih

  • 1 cawan santan

  • Sedikit minyak


Cara Menyediakannya:

  • 1-Tumiskan bahan yang dihiris sehingga naik bau.

  • 2-Masukkan kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan daun kari. Gaul rata dan tumis hingga naik bau.

  • 3-Masukkan sotong, serbuk kari . Tambah air jika perlu.

  • 4-Masukkan santan,gula dan air asam jawa.biarkan mendidih seketika.

  • 5-Masukkan bawang besar ,kacau dan tutup api

Gulai Daging

gulai daging 1

Bahan-bahannya:

  • 500gm daging-dipotong lebar

  • 4 labu ubi kentang-dibelah 4

  • 2 inci halia-dikisar

  • 2 labu bawang besar-dikisar

  • 2 ulas bawang merah-dihiris

  • 3 ulas bawang putih-dihiris

  • 1 cawan santan pekat

  • 2 biji buah pelaga

  • 4 sudu besar rempah kari daging

  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih

  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar

  • 3 biji bunga cengkih

  • 1 batang kulit kayu manis

  • Sedikit garam dan gula


Cara Menyediakannya:

  • 1-Gaulkan daging bersama bahan rempah ,iaitu jintan putih,serbuk ketumbar,serbuk kari,bawang besar ,halia dan garam.

  • 2-Tumis bawang merah ,bawang putih bersama kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga hingga naik bau.

  • 3-Masukkan daging yg diperap tadi dan kacau sebati. kacau seketika,

  • 4-Masukkan santan dan ubi kentang. masak hingga daging dan ubi kentang empuk.

  • 5-Masukkan garam dan gula.kacau dan biarkan sekali mendidih ..dan bolehlah tutup api...

Daging Lada Hitam

daging lada

Bahan-bahannya:

  • 500 gm daging-dihiris nipis

  • 3 biji kentang-dibelah 6

  • 2 labu bawang besar-dihiris bulat

  • 3 ulas bawang putih-ditumbuk

  • 1 inci halia-ditumbuk

  • 6 biji cili padi-ditumbuk halus

  • 1 sudu besar lada hitam

  • 2 helai daun limau purut

  • Sedikit serbuk lada putih

  • Sedikit garam dan gula

  • Sedikit air

  • Sedikit minyak untuk menumis


Cara Menyediakannya:

  • 1-Panaskan minyak dalam kuali ..tumiskan bawang putih,halia dan cili padi hingga naik wangi.

  • 2-Masukkan hirisan daging dan kacau rata.biar seketika..

  • 3-Masukkan kentang dan sedikit air..untuk membiarkan kentang embuk.

  • 4-Kemudian masukkan garam ,gula,serbuk lada hitam,serbuk lada putih dan daun limau purut..kacau

  • 5-Akhir sekali masukkan bawang besar kacau seketika..dan biar pecah minyak..

  • 6-Apabila pecah minyak bolehlah tutup api...

Daging Goreng Kunyit

daging goreng kunyit1

Bahan-bahannya:

  • 300 gm daging batang pinang

  • 1 labu bawang besar-dihiris bulat

  • 2 ulas bawang putih-dihiris

  • 1 sudu kunyit serbuk

  • 1 biji cili merah-dihiris

  • 2 biji cili padi-diketuk

  • Garam secukup rasa


Cara Menyediakannya:

  • 1-Daging dihiris dan diperap bersama kunyit dan garam selama kira-kira 30minit.

  • 2-Goreng daging seketika,kemudian tambah sedikit air dan masak hingga daging lembut dan kering sedikit.

  • 3-Masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili padi.kacau hingga rata.dan biarkan pecah minyak seketika..

  • 4-Setelah semuanya masak bolehlah di padam api.

Cucur Badak

cucur badak

Bahan-bahannya:

  • 300 gm ubi keledek

  • 1/2 cawan tepung gandum


bahan2 untuk inti

  • 1 biji kelapa parut

  • 2 btg serai-dikisar

  • 2 sudu besar udang kering-dikisar

  • 6 tangkai cili kering-dikisar

  • 3 ulas bawang merah-dikisar

  • Sedikit air asam jawa

  • Sedikit gula

  • Satu camca kecil jintan manis

  • Sedikit garam


Cara Menyediakannya:

  • 1-Rebuskan ubi sampai empuk, angkat dan toskannya dan lecekkan ubi .

  • 2-Ubi yang telah disejukkan bolehlah masukkan tepung dan gaul rata.

  • 3-Sapukan tapak tangan dengan minyak.ambik sedikit doh dan bentukkan bulat2,

  • 4-Kemudian leperkan pada tapak tangan dan isikan dengan inti.

  • 5-Goreng kuih dengan api sederhana. selalu balik2 kan kuih agar kuih masak dengan baiknya.

  • 6-Apabila kekuningan bolehlah diangkat.


Cara Membuat Inti:

  • 1-Cili kering, bawang merah, udang kering, serai dan jintan manis hendaklah dikisar halus.

  • 2-Campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya.

  • 3-Gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.


 

Ayam Goreng Kunyit Berserai

ayam serai

Bahan-bahannya:

  • 6 ketul ayam

  • Garam secukup rasa

  • Sedikit perasa/gula

  • 2 batang serai- diketuk

  • Sedikit kunyit

  • Sedikit minyak untuk menumis


Bahan Untuk Menumis:

  • 2 ulas bawang putih-dihiris halus

  • 2 ulas bawang merah-dihiris halus

  • 1 inci halia-dihiris halus


Bahan Hiasan:

  • 1 tangkal cili merah-dihiris

  • 1 labu bawang besar- dihiris bulat


Cara Membuatnya:

  • 1-Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis kedalam kuali.

  • 2-Biarkan hingga bertukar menjadi warna keperangan.

  • 3-Kemudian masukan ayam,garam dan kunyit. Kacau seketika sehingga ayam masak.

  • 4-Kemudian masukkan serai dan perasa . Kacau sehingga semuanya masak dengan baik.

  • 5-Sendukkan masakkan kedalam mangkuk.dan hiaslah dengan cili merah dan bawang.

Bihun dan Mee Sanggul Goreng

bihun dan mee sanggul

Bahan-bahannya:

  • 1 bungkus mee sanggul-direndam hingga lembut

  • 1/2 bungkus bihun-diremdam hingga lembut

  • 3 ulas bawang putih-ketuk

  • 6 sudu besar cili kering kisar

  • Sedikit isi ayam-didadu

  • 2 biji telur

  • 2 sudu besar sos tiram

  • Sedikit gula/garam

  • 1 sudu besar kicap manis


Cara Menyediakannya:

  • 1-Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.

  • 2-Masukkan cili kisar, gula,garam, kicap dan sos tiram, biarkan sehingga pecah minyak.

  • 3-Masukkan ayam, kacau hingga ayam masak, terus masukkan telur, kacau cepat biarkan telur masak.

  • 4-Masukkan mee sanggul dan bihun.Kacau hingga rata.

  • 5-Bolehlah tutup api..dan letakkan diatas pinggan dan ditabur dengan daun sup..

Bihun Goreng Lada Hitam

bihun singapore

Bahan-bahannya:

  • 1 bungkus bihun ~ direndam hingga lembut dan toskan

  • 200 gm daging-dihiris nipis

  • Sedikit kobis -dihiris halus

  • 1 sudu besar serbuk lada hitam

  • 1 sudu kecil serbuk lada putih

  • Minyak untuk menumis

  • Garam secukup rasa

  • 3 tangkal cili padi-diketuk

  • Sedikit gula

  • Sedikit air

  • 4 ulas bawang merah-ditumbuk

  • 2 ulas bawang putih-ditumbuk


Cara menyediakannya:

  • 1-Panaskan minyak lalu tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga wangi.

  • 2-Masukkan daging masak seketika. Masukkan kobis dan kacau sebati.

  • 3-Masukkan bihun,lada hitam, air, garam, dan gula. . Gaulkan hingga sebati dan kacau sehingga bihun lembut.

  • 4-Taburkan serbuk lada putih dan cili padi..kacau lagi

  • 5-Biarkan seketika hingga bihun betul2 masak..dan sekali lagi kacau dan bolehlah tutup api.

Bihun Goreng

bihun hitam

Bahan-bahannya:

  • 1/2 Bungkus bihun-direndam hingga lembut

  • 5 Ekor sotong - dipotong bulat

  • 1 Mangkuk kecil daging

  • 4 Ulas bawang putih - diketuk

  • Sedikit minyak untuk menumis

  • 3 Sudu besar serbuk cili

  • 2 Sudu besar sos cili

  • 2 Sudu besar sos tiram

  • 4 Sudu besar cili kisar

  • 1 Sudu besar kicap

  • Sedikit garam dan gula

  • 4 Batang sawi. Sedikit air.


Hiasan:

  • Telur , daun bawang dan daun sup. Nak bagi cantik lagi bolehlah ditabur cili merah.


Cara Menyediakannya

  • 1-Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih yang diketuk tadi hingga bau wangi.

  • 2-Kemudian masukkan sotong dan daging.kacau seketika.

  • 3-Masukkan cili kisar,serbuk cili,kicap,sos cili,sos tiram dan sedikit garam dan gula.

  • 4-Tuangkan air sedikit supaya rencah2 menjadi sebati dan masak.

  • 5-Kemudian masukkan bihun dan sayur sawi. Gaul hingga rata dan masak.

  • 6-Bolehlah dihidang diatas pinggan dengan dihias telur dan daun bawang dan sup.

Sunday, June 2, 2013

Kopi Tumbuk

Murtabak Mini

murtabak mini

Bahan-bahannya:

  • Bahan Kulit:

  • 500 gm tepung gandum

  • 2 cawan air

  • 1/2 sudu kecil garam

  • 1 sudu besar gula

  • 1 sudu besar susu pekat


Cara Menyediakannya:

  • 1-Campurkan semua bahan didalam 1 bekas.Uli sehingga menjadi doh yg licin & kental.uli perlahan..

  • 2-Ketul bulat2 dan sapu kesemua ketulan itu dengan sedikit minyak.ketul hingga habis.

  • 3-Biar sekurang-kurangnya 3 jam baru boleh ditebar.


Bahan Inti:

  • 8 biji kentang-dipotong dadu kecil

  • 1/2 kilo daging lembu @ ayam-dihiris halus.

  • 8 ulas bawang merah

  • 4 ulas bawang putih

  • 6 sudu besar rempah kari daging-dibancuh dgn semangkuk air.

  • 6 biji telur

  • Sedikit garam

  • 2 labu bawang besar-potong dadu kecil

  • Sedikit daun bawang dan daun sup


Cara Menyediakannya:

  • 1-Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi

  • 2-Masukkan bancuhan rempah kari,goreng hingga pecah minyak.

  • 3-Masukkan daging dan secawan air.apabila daging hampir empuk masukkan kentang.biar hingga kentang empuk.tutup api dan sejukkannya.

  • 4-Campurkan telur,bawang besar dadu, daun sup,daun bawang,garam dan inti yg telah sejuk gaul hingga rata.ketepikan.

  • 5-Panaskan kuali atas api yg agak kecil.sapu minyak atas permukaan tutup periuk.kembangkan sebiji doh diatasnya sehingga agak nipis tapi jangan sampai terkoyak tebar dengan cermat menggunakan kedua belah tangan dan letakkan atas kuali.

  • 8-Bila bahagian bawah telah garing,balikkan.Buat hingga habis.


*Murtabak mini sesuai dihidang bersama bawang besar cincang dan cuka

Saturday, June 1, 2013

Puteri Ayu

sari ayu

Bahan-bahannya:

  • 2 biji telur

  • 1 cawan gula

  • 2 cawan tepung gandum

  • 1 cawan santan

  • 1 sudu kecil ovellete

  • 1 sudu kecil perisa pandan

  • Pewarna hijau

  • Sedikit kelapa putih

  • Sedikit tepung ubi

  • Sedikit garam


Cara Menyediakannya:

  • 1-Pukul gula dan telur hingga kembang,dan masukkan ovellete dan pukul lagi.

  • 2-Masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lagi hingga rata..

  • 3-Isikan kelapa putih didalam acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkan adunan dan kukus lebih kurang 10 minit.

Apam Gula Merah

apam gula merah

Bahan-bahannya:

  • 11/2 cwn air

  • 1/2 cwn gula merah

  • 1 helai daun pandan -disimpul

  • 2 cawan tepung gandum

  • 1 sudu kecil serbuk yis

  • 3 sudu besar gula pasir

  • Sedikit garam


Cara Menyediakannya:

  • 1-Masak air dan masukkan gula merah,gula putih dan daun pandan.masak hingga larut & mendidih.

  • 2-Setelah itu matikan api, tapis air gula tersebut ke dalam 1 mangkuk.

  • 3-Gaulkan tepung gandum dengan serbuk yis ke dalam mangkuk bancuhan.

  • 4-Masukkan air gula ke dalam campuran tepung, sedikit demi sedikit hingga air dan tepung sebati.

  • 5-Biarkan adunan selama 1 jam atau bancuhan naik ..

  • 6-sapukan loyang dengan minyak jagung sedikit..

  • 7 Setelah apam naik, tuangkan ke dalam loyang yang telah digris dan biarkan seketika-lebih kurang 30minit..

  • 8-Kukus apam selama 30 minit.

  • 9- Hidangkan apam dengan kelapa yang telah digaulkan dengan sedikit garam.

Cucur Kacang Hijau

cucur kacang 1 Bahan-bahannya:

Bahan Untuk kacang:

  • 1 cawan kacang hijau -rendamkan dulu selama 1 jam

  • Air secukupnya untuk merebus

  • 1 cawan gula pasir-ikut kalau tak suka manis,boleh kurangkan gula..

  • 3 sudu besar kelapa parut-ambil yang putih

  • 3 sudu besar tepung gandum


Cara Menyedia Kacang:

  • 1-Kacang hijau direbus sehingga empuk dan kering airnya.

  • 2-Jangan biar kacang menjadi hangus.

  • 3-Masukkan kelapa parut, gula dan tepung gandum. Gaul sebati dan sejukkan.

  • 4-Ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti bebola. Leperkan. Buat hingga habis.


Bahan Tepung :

  • 1 cawan tepung gandum

  • 1/2 cawan tepung beras

  • Sedikit serbuk kunyit

  • 1/2 sudu kecil kapur sirih

  • Air secukupnya

  • Sedikit garam

  • Minyak masak untuk menggoreng.


Cara Menyediakannya:

  • 1-Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak didalam 1 mangkuk. Kacau hingga rata..

  • 2-Panaskan minyak dan celup kacang yang telah dibentuk ,ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga kuning keemasan.

  • 3-Angkat dan toskan.


Selamat Mencuba..untuk minum petang..