Saturday, April 27, 2013

Karipap Pusing

Karipap Pusing

Bahan Untuk Doh Minyak:

  • 150 gm marjerin campur dengan shortening

  • 300 gm tepung gandum-diayak

  • 2 sudu besar minyak masak


Bahan Doh Biasa:

  • 700 gm tepung gandum-diayak

  • 1 sudu kecil garam

  • 2 cawan air sejuk, masukkan separuh dahulu sukatan air dah tambah sikit-sikit ikut keperluan.jikalau tuang kesemua, doh akan menjadi agak lembik


Cara Menyediakan:

  • 1-Masukkan  minyak masak yang telah dipanas,Marjerin dan shortening  ,lalu di uli dengan 300 gm tepung gandum. uli hingga menjadi doh licin dan tidak melekat.Uli doh sampai ianya menjadi doh berminyak.

  • 2-Kemudian masukkan  700 gm tepung gandum dengan air ais dan air garam. Uli hingga licin  dan bahagikan kepada 8 ketulan.

  • 3- Ambil doh biasa canaikan sedikit, jangan besar sangat dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.

  • 4- Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap ,kemudian canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai. Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian gulung seperti menggulung tikar.

  • 5- Setelah itu, kita akan dapat 2 doh gulungan tikar. Ambil satu doh gulung tikar dan canai ,kemudian terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa canai.Biarkan bentuk lonjong ,kemudian gulung semula seperti gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . Proses menggulung sebanyak 2 kali .

  • 6- Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kepada 3 bahagian. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kepada saiz doh yg telah di gulung.

  • Setelah doh di potong, canaikan semula, seperti cara membuat karipap biasa, dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.


Note: Karipap ini memang rumit sedikit membuatnya..tapi sedap dimakan..Selamat Mencuba..

No comments:

Post a Comment