Tuesday, June 25, 2013

Sotong Goreng Kulit Popia

Sotong Goreng Rangup

Bahan-bahannya:

  • 1 bungkus kulit popia-digunting panjang

  • 1/2 kilo sotong -dipotong bulat

  • 1 biji telur

  • 1 mangkuk kecil tepung goreng ayam rangup

  • Sedikit garam dan perasa


Cara Menyediaannya:

  • 1-Pecahkan telur kedalam mangkuk dan pukul seketika.

  • 2-Kemudian masukkan sotong yang telah di cuci bersih dan dipotong bulat kedalam telur yang dipukul tadi.

  • 3-Keluar sotong dan masukkan pula kedalam tepung goreng ayam bersama garam dan perasa.

  • 4-Gaul hingga keseluruhan sotong disalut dengan tepung.

  • 5-Kemudian celup sekali lagi sotong kedalam telur..ulang sampai habis..

  • 6-Akhir sekali gulungkan sotong yang bersalut tepung dan telur ,dengan kulit popia.ketepikan seketika.

  • 7-Panaskan minyak lalu menggorengkannya.

  • 8-Pastikan minyak tidak terlalu panas.Biarkan minyak sederhana panas saja, supaya sotong didalam tadi masak dengan baiknya.


*Udang lagi senang untuk gulung bersama kulit popia

Ikan Bunga Raya Goreng Tepung

cats

Bahan-bahannya:

  • 10 ekor ikan bunga raya segar-dicuci dan dibuang tulangnya

  • 5-6 sudu besar tepung gandum

  • 2 sudu besar tepung beras

  • Sedikit serbuk kunyit dan garam

  • Air secukupnya untuk membancuh tepung


Cara Menyediakannya:

  • 1-Buang isi perut ikan dan tulangnya sekali,kemudian bersih ikan serta toskannya. ketepikan.

  • 2-Kemudian masukkan tepung serta serbuk kunyit dan garam ke dalam mangkuk yang sesuai .

  • 3-Tuang air sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk yang berisi tepung dan bancuhkan ianya seperti bancuhan tepung mengoreng pisang .

  • 4-Panaskan minyak secukupnya ,kemudian masukkan ikan ke dalam bancuhan tepung ini dan gaul rata .

  • 5-Masukkan ikan ini seekor demi seekor ke dalam minyak panas dan goreng ikan sampai masak dan garing .

  • 6-Angkat ikan dan tos dahulu, kemudian boleh la dihidang dengan sos cili dan sedap dimakan semasa masih panas.

Apam Tepung Beras

apam tepung beras

Bahan-bahannya:

  • 2 cawan tepung beras

  • 1 cawan gula

  • 1 cawan nasi

  • 11/2 cawan air

  • 1 paket kecil Eno

  • 1 sudu kecil yis


Cara membuatnya:

  • 1-Blend nasi dengan air hingga halus

  • 2-Kemudian masukkan gula,tepung dan yis,blend hingga sebati.

  • 3-Tuangkan adunan tepung kedalam bekas,dan tutupkannya.

  • 4-Biarkan selama 4 jam..

  • 5-Selepas diperap , masukkan eno kacau sebati..biar seketika..

  • 6-Panaskan acuan selama 10 minit dan tuangkan adunan tepung kedalam acuan tersebut,kukus dengan api yang kuat..

  • 7-Kukus hingga masak dan menjadi merekah..

  • 8-Apam ini bolehlah dimakan dengan kelapa parut..

Macaroni Tomyam

macaroni tomyam

Bahan-bahannya:

  • 3/4 cawan macaroni-direbus kemudian toskan

  • 1 biji telur

  • 1 kiub tomyam

  • 2 ulas bawang putih-diketuk

  • 1 inci halia muda-diketuk

  • 2 helai daun limau purut

  • Sedikit garam

  • Sedikit minyak untuk menumis

  • Air secukupnya


Cara Menyediakannya:

  • 1-Panaskan minyak,tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau..

  • 2-Kemudian masukkan air sebanyak yang diingini untuk kuah tomyam.

  • 3-Terus masak hingga kuah menggelegak baru dimasukkan kiub tomyam bersama daun limau purut.

  • 4-Masukkan garam diikuti dengan macaroni yang dah siap direbus.

  • 5-Akhir sekali pecahkan telur dan perlahankan api..biarkan seketika .hingga telur masak .

  • 6-Kacau sedikit dan tutup api..

Tuesday, June 18, 2013

Ayam Masak Kicap

kicap ayam

Bahan-bahannya:

  • 5 ketul ayam - di goreng dan toskan

  • 1 labu bawang besar - dihiris bulat

  • 3 tangkal cili padi di belah 2

  • Sedikit halia - dihiris halus

  • 2 ulas bawang putih- dihiris halus

  • 2 ulas bawang merah - dihiris halus

  • 2 camca kicap pekat

  • 2 camca kicap cair

  • 1 camca sos tiram

  • 2 camca besar serbuk cili

  • Sedikit garam, sedikit gula dan sedikit air asam jawa.

  • Sedikit minyak untuk menumis.


Cara Menyediakannya:

  • 1-Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih,bawang merah dan halia hingga wangi.

  • 2-Kemudian masukkan serbuk cili, garam,gula,kicap,sos tiram dan air asam jawa. Biarkan seketika.

  • 3-Masukkan ayam kedalam kuali bersama cili padi dibelah 2 ,bawang besar bersama sos yang telah sediakan.kacau dan biarkan masak.

  • 4-Boleh tuangkan masakkan kedalam mangkuk.


Selamat mencuba.

Gulai Telur

gulai teloq

Bahan-bahannya:

  • 4 biji telur-direbus dan dibuang kulitnya

  • 2 ulas bawang merah-dihiris

  • 2 ulas bawang putih-dihiris

  • 1 inci halia -di hiris

  • 3 sudu besar serbuk kari-bancuh dengan air

  • 1/2 cawan santan pekat

  • 1 biji cili merah

  • 2 biji kentang-dibelah 4

  • 1 keping asam gelugur

  • 1 tangkal daun kari

  • Air secukupnya

  • 1 batang kulit kayu manis

  • 2 kuntum bunga lawang

  • 2 kuntum bunga cengkeh

  • 1 biji buah pelaga

  • Garam secukupnya


Cara Menyediakannya:

  • 1-Tumis bahan yang dihiris bersama daun kari dan diikuti dengan 4 sekawan..tumis hingga wangi.

  • 2-Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dicampur dengan air, asam gelugur, air dan santan.

  • 3-Bila kuah mula mendidih kacau selalu supaya santan tidak berketul-ketul.

  • 4-Masukkan telur kedalam kuah yang mendidih tadi.kacau seketika..

  • 5-Masukkan garam,cili merah dan kentang..kacau dan biar seketika sehingga kentang lembut.

  • 6-Apabila kentang sudah lembut,kacau dan bolehlah tutup api..

Gulai Ayam Drumet

gulai ayam

Bahan-bahannya:

  • 6 ketul drumet ayam-Potong kepak ayam bahagian pangkalnya.cuci dan toskan

  • 2 tangkal daun kari

  • 2 ulas bawang merah-dihiris

  • 2 ulas bawang putih-dihiris

  • 1 inci halia-dihiris

  • 1 biji cili merah-dibelah 2

  • 2 biji cili padi

  • Sedikit halba dan biji sawi

  • 4 sudu besar rempah kari daging

  • 1 sudu besar serbuk cili

  • Sedikit garam dan gula

  • Sedikit air asam jawa

  • Minyak untuk menumis

  • Air secukupnya

  • 2 biji ubi kentang-dipotong 4

  • 1 batang kulit kayu manis

  • 2 biji buah pelaga

  • 2 kuntum bunga cengkih

  • 1 kuntum bunga lawang


Cara Menyediakannya:

  • 1-Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan yang dihiris bersama biji sawi,halba,daun kari dan diikuti dengan 4 sekawan,Tumis sehingga wangi bau bawang.

  • 2-Bancuhkan rempah kari dan serbuk cili bersama air asam jawa.

  • 3-Masukkan ke dalam tumisan tadi. Tumis sehingga rempah agak kering dan pecah minyak.

  • 4-Masukkan ayam. kacau hingga rata dan biarkan seketika sehingga air ayam keluar.

  • 5-Masukkan air dan kentang kacau lagi.Kemudian masukkan garam dan gula secukupnya.

  • 6-Biarkan sehingga ayam dan kentang masak sepenuhnya. Jangan lupa kacau sekali sekala.

  • 7-Apabila ayam sudah masak, masukkan cili merah dan cili padi, kacau sekali lagi dan tutup api.