Sunday, May 12, 2013

Gulai Ikan Kembung

gulai ikankari ikan 2

Bahan-bahannya:

  • 4 ekor ikan kembung

  • 1 labu bawang besar -dikisar

  • 2 ulas bawang merah -dikisar

  • 3 ulas bawang putih -dikisar

  • 3 sudu besar serbuk rempah kari - gaul dengan bahan kisar

  • 1 sudu besar serbuk cili-gaul dengan bahan kisar

  • 2 cawan santan pekat

  • 1 cawan air asam jawa

  • air secukupnya

  • garam secukupnya

  • Gula sedikit


Bahan Menumis:

  • 2 ulas bawang merah

  • 2 ulas bawang putih

  • 2 tangkal daun kari

  • Sedikit minyak untuk menumis


Cara Menyediakannya:

  • 1-Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis dan daun kari,masak hingga wangi.

  • 2-Masukkan serbuk kari ,serbuk cili yang dicampur dengan bahan kisar. Kacau seketika dan biarkan rempah pecah minyak.

  • 3-Masukkan sedikit air, santan , air asam jawa dan ikan. Masak hingga mendidih.

  • 4-Setelah mendidih masukkan garam dan gula sedikit..perlulah kacau seketika agar santan tak pecah atau berketul-ketul.

  • 5-Biarkan seketika dengan api yang perlahan..

  • 6-Selepas ianya agak pecah minyak bolehlah tutup api..sedialah menghidangkannya...


Note:Gulai ini boleh dimasukkan bendi ,carrot , terung dan cili padi ..saya x letakkannya..guna bahan yang ada je...

No comments:

Post a Comment