Sunday, May 12, 2013

Pindang Ikan Kembung

pindang

Bahan-bahannya:

  • 4 ekor ikan kembung

  • 2 ulas bawang merah - ditumbuk

  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk

  • 1 labu bawang besar - dihiris

  • 5 biji cili padi -dipotong kecil

  • 1 inci kunyit hidup -ditumbuk

  • 1 batang serai -diketuk

  • 1 inci halia -dihiris

  • 1 keping asam keping

  • Sedikit air asam jawa

  • Garam secukup rasa

  • 1 mangkuk air


Cara Menyediakannya:

  • 1-Masukkan 1 mangkuk air dlm periuk dan didihkan.

  • 2-Bila air dah didih masukkan semua bahan tumbuk iaitu bawang besar dihiris halus,serai,halia,bawang putih,bawang merah,kunyit hidup dan asam keping.

  • 3-masak dengan menggunakan api sederhana sehingga semua bahan mesra.

  • 4-Kemudian, masukkan ikan.Kacau dan biarkan mendidih sehingga ikan masak .

  • 5-Bila ikan dah masak, masukkan garam sedikit,cili padi dan sedikit lagi asam jawa.

  • 6-Gaul perlahan2 utk mengelakkan ikan hancur.

  • 7-Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment