Sunday, May 19, 2013

Ketam Goreng Sumbat

ketam goreng tepung

Bahan-bahannya:

  • 4 ekor ketam-diketuk dan diasingkan isi dan kulitnya

  • 1 sudu besar serbuk daging( faiza)

  • 1 sudu kecil serbuk cili

  • 1 labu bawang besar-dicincang halus

  • 1 tangkal cili hidup-dicincang halus

  • 6 tangkal cili padi-dicincang halus

  • 1 sudu kecil jintan putih

  • 1 sudu besar sos tiram

  • Sedikit garam dan perasa

  • Sedikit daun bawang dan daun sup-dihiris halus

  • 1 biji telur

  • Minyak untuk menggoreng


Cara Menyediakannya:

  • 1-Cuci kulit ketam hingga bersih dan ketepikan.

  • 2-Gaulkan kesemua bahan termasuk isi ketam dan telur didalam sebiji mangkuk.

  • 3-Gaulkan sampai sebati.jikalau terlalu cair boleh ditambah tepung atau ubi kentang yang telah di lenyek.

  • 4- Kemudian masukkan bahan yang digaul tadi, didalam kulit ketam. Biarkan selama 10 minit.

  • 5-Panaskan minyak dan masukkan ketam kedalam kuali dengan minyak yang sederhana panas. Supaya isi didalamnya betul-betul masak dengan baiknya.

  • 6-Selepas nampak garing bolehlah terbalikkan ketam . Goreng sehingga masak.

  • 7-Boleh dihidang diatas pinggan dengan di hiasi tomato dan salad.


Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment