Monday, June 10, 2013

Kurma Telur

kurma telur 1

Bahan-bahannya:

  • 4 biji telur ayam-direbus dan dikupas kulitnya

  • 1 cawan santan pekat

  • 3 biji kentang -dibelah empat

  • 4 biji cili padi

  • Sedikit carot-dipotong 4

  • 1 labu bawang besar-dibelah empat

  • Sedikit air

  • Garam,gula,serbuk perasa


Bahan untuk menumis:

  • 1 biji bawang besar-dihiris

  • 2 ulas bawang putih-dihiris

  • 1 inci halia-dihiris

  • 2 biji buah pelaga

  • 1 inci kulit kayu manis

  • 2 kuntum bunga lawang

  • 2 kuntum bunga cengkih

  • 3 tangkai daun kari


Bahan kisar:

  • 5 sudu besar rempah kurma

  • 1 labu bawang besar

  • 1 inci halia

  • 2 ulas bawang putih

  • 1 biji bawang besar


Cara Menyediakannya:

  • 1-Masukan minyak didalam periuk,dan minyak mulai panas masukkan bahan menumis.Masak sehingga keluarkan bau harum dan bawang mulai tukar kuning keemasan.

  • 2-Selepas itu masukkan bahan kisar dan kacau. Tutup masakan dengan tudung periuk dan masak sehingga pecah minyak.

  • 3-Kemudian masukkan telur rebus dan kacau. gaul rata dengan rempah diikuti dengan santan pekat. Sekiranya kuah agak pekat, dan ingin kuah yang lebih, bolehlah tambah air.

  • 4-Perasakan dengan garam, gula, dan serbuk perasa

  • 5-Seterusnya masukkan ubi kentang dan carot. Masak sehingga empuk

  • 6-Setelah masak, rasa kemasinan dan tambah garam jika perlu. Akhir sekali masukkan potongan bawang besar, dan cili hijau. Kacau rata dan masak seketika lebih kurang 5 minit.

  • 7-Tutup api dan tutup masakan dengan tudung periuk.

No comments:

Post a Comment