Monday, June 10, 2013

Karipap Ubi Kentang

karipap biasa

Bahan Untuk Doh:

  • 400 gram tepung gandum

  • 1/2 cawan minyak

  • 2 sudu besar marjerin

  • 1/2 cawan air sejuk

  • Sedikit garam

  • 1 sudu besar shortening


Cara Menyediakan Doh:

  • 1-Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, panaskan minyak,shortening dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.

  • 2-Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah hingga tak melekat dekat tapak tangan.

  • 3-Setelah menjadi doh,pemukaan doh pun agak licin,bungkus doh didalam plastik..biar selama 15minit didalam peti sejuk

  • 4-Setelah 15minit keluar doh dlm peti sejuk ..kemudian barulah dicanaikan doh itu..


Bahan Inti:

  • 500 gm ubi kentang

  • 200 gm daging cincang

  • 2 labu bawang besar -dihiris dadu

  • 1 paket kecil rempah kari daging

  • 4 ulas bawang putih-dihiris

  • 2 tangkal daun kari

  • Garam dan gula secukup rasa

  • Sedikit air


Cara Menyediakannya:

  • 1-Panaskan minyak,tumiskan bawang putih,hingga naik bau bersama daun kari.

  • 2-Masukkan bawang besar yang dipotong dadu.masukan rempah kari daging, isi daging cincang dan kacau.

  • 3-Biarkan seketika, hingga pecah minyak.masukan sedikit air,dan masukkan  ubi kentang yang di potong dadu.semua  bahan perasa garam dan gula.kacau sekali sekala..

  • 4-Biarkan sampai ubi empok.selepas itu bolehlah tutup api dan biarkan sejuk..

  • 5-Barulah diisi didalam doh tadi..

No comments:

Post a Comment